Nikmat kegagalan

Kalau kau rasa berjaya itu satu nikmat, dan gagal itu macam bala keramat.


Maksudnya, kau belum kenal siapa Tuhan kau.


Apa kau fikir yang dalam hidup ini direka saja-saja ? Yang rasa kecewa seolah terhina itu dibuat suka-suka ?


Aku belajar sesuatu hari ini, kejayaan yang didukung dengan usaha adalah manis sekali. Tapi lagi lazat dan ya, nikmat bila kau gagal sebelum kecap dan tahu apa itu 'berjaya'.


Aku dah berjaya ?


Belum.


Tapi aku sedang mendaki bukit jaya itu. Biar tersadung dalam perjalanan ke sana nanti, asal aku tahu Tuhan sentiasa punya alasan.


(Aku mengharapkan kebahagiaan menjelma lagi. Mungkin, esok hari.)






Malu juga bila harus menceritakan pengalaman diri pada anak anak nanti yang sememangnya ibu kamu ambil lesen sampai tiga kali.




Bullshit.