Mahu pulang


Hati aku telah pulang
Ia sudah tidak lagi berada di mana mana tempat asing;
yang tidak mahu berkehendakkan dia

Hati aku telah pulang
Ia telah tahu harga sebenar
Yang perlu dibayar untuk berada
pada tempat yang ternyata bukan untuknya.

Hati aku telah pulang
Ia telah benar-benar pulang
Usai cerita ditutup oleh masa yang lekas
mahu berlalu laju
Tidak disuruh malah tidak dipaksa
Cuma pergi dari kata 'telah' dan 'sedang'

Ia masih kurang tahu soal menuju 'akan'. 





AY; 
Kuala Lumpur, 2017.



No comments:

Post a Comment